Mahkamah Rayuan mahu penjelasan peranan AG dalam kes 'Allah'

  • 8 years ago
Mahkamah Rayuan mahu penjelasan lanjut sama ada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dibenarkan campur tangan dalam kes Sidang Injil Borneo (SIB) dan sama ada peranan peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam akan terjejas.

Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel tiga hakim mahu perkara ini dikaji oleh peguam yang mewakili SIB atau gereja Borneo Evengelical dan MAIWP bagi menyediakan hujahan bertulis berhubung perkara itu.

Beliau menetapkan pada 12 Ogos depan untuk peguam membentangkan penghujahan.