673 individu dikompaun semalam, tertinggi sejak PKPP

  • 4 years ago
Seramai 778 individu telah ditahan kerana pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu 673 individu turut dikompaun, manakala 98 individu direman dan tujuh diikat jamin.

Menurut Ismail, jumlah kompaun yang dikeluarkan semalam itu merupakan jumlah kompaun terbesar dikenakan dalam sehari semenjak PKPP dilaksanakan.