Kerajaan hari ini paling kelam-kabut, kata Mat Sabu
  • 4 years ago
Presiden Amanah Mohamad Sabu mendakwa kerajaan persekutuan hari ini pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan kelam-kabut dan tidak ada nama.

Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, merujuk kepada sifat dan komposisi Barisan Nasional, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang seperti tidak menentu.

Beliau berkata demikian semasa berucap di ceramah perdana di Felda Trolak Utara malam tadi.