Khairuddin negatif Covid-19 lepas pulang dari Turki
  • 4 years ago
Sumber yang dekat dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali mendakwa bahawa menteri itu menjalani pemeriksaan dan ujian khas dan ujian Covid-19 semasa tiba di tanah air pada 7 Julai setelah lawatan ke Turki.

Sinar Harian memetik sumber itu sebagai berkata bahawa pemeriksaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa kira-kira lima jam dan hasil ujiannya negatif.

Menurut sumber itu, Khairuddin ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Namun, untuk rekod, ketika lawatan Khairuddin, lebih daripada 5,600 kes Covid-19 baru dan 93 kematian dilaporkan di Turki.