PM janji adakan PRU lepas Covid-19 reda atau pulih sepenuhnya
  • 3 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau bukanlah tidak berniat untuk tidak membuat pilihanraya umum (PRU) pada ketika ini.

Namun katanya, disebabkan penularan wabak Covid-19, maka dalam prinsip Islam, menjaga nyawa adalah satu kewajipan.

Katanya lagi, PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa Covid-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan PRU selamat diadakan.