Ini Stadium Baharu Atletico Madrid

  • 4 years ago
Pembinaan stadium baharu Atletico Madrid, Wanda Metropolitano yang kini rancak dibangunkan bakal menyaksikan Los Colchoneros memiliki 'rumah' baharu menjelang September ini sekaligus menggantikan stadium ikonik mereka, Vicente Calderon.

Atletico bakal berpindah dari Manzanares River ke selatan ibu negara Sepanyol dan terletaknya stadium baharu yang ditaja oleh syarikat hartanah China, Kumpulan Dalian Wanda.