Takiyuddin baca nota Tommy 'setuju secara prinsip' penyelesaian kes Riza Aziz
  • 4 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa bekas peguam negara, Tommy Thomas pada prinsipnya telah mempersetujui penyelesaian DNAA kes pengubahan wang haram Riza Aziz.

Bercakap semasa ucapan penggulungan perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat, Takiyuddin turut membacakan petikan nota ditulis Tommy pada surat perwakilan kes Riza yang dihantar oleh peguam Riza ke pejabat peguam negara.

Dengan kata lain, beliau berkata Tommy pada asasnya telah bersetuju kes Riza dibenarkan dikompaun dan diselesaikan tanpa melalui pendakwaan.

Hal inj mendorong Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) membidas kenyataan Takiyuddin dan mendakwanya cuba untuk mengelirukan dewan.