Khalid- Amanah bersedia sertai PRN Sabah

  • 4 years ago
Jika keadaan mengizinkan Amanah bercadang mahu melakar sejarah tersendiri di Sabah dengan menghantar wakilnya ke dewan undangan negeri (DUN) melalui pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata parti itu mahu melakukan hal demikian ketika PAS - yang mempunyai sejarah menyertai PRN Sabah berkali-kali sebelum ini - gagal memenangi sebarang kerusi.

Bagaimanapun katanya, soal calon dan kerusi yang bakal ditandingi kelak akan diperhalusi oleh Amanah Sabah.