'Amanah tolak parti walaun, alergik taat membabi buta' - Khalid Samad
  • 3 years ago
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad berkata partinya membuat sesuatu keputusan berdasarkan keyakinan selepas berbahas dan berhujah dan bukannya membuat keputusan kerana taat kepada pemimpin sesuatu parti.

Beliau mengulas mengenai kesemua ahli parlimen dari Amanah yang berdiri untuk menyokong cadangan agar Belanjawan 2021 diundi secara belah bahagi, semalam.

Namun ahli parlimen PKR dan DAP dilihat tidak berdiri untuk menyatakan sokongan tersebut.

Semalam, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021.

Namun, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.


Sumber video: https://www.facebook.com/jomchannelonline/videos/198749951817558