Hisap vape- MP Kluang gesa Hishamuddin minta maaf dalam Dewan

  • 4 years ago
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon berkata beliau akan meneliti gesaan ahli parlimen pembangkang yang mahu Hishamuddin Hussein yang juga ahli parlimen Sembrong membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Wong Shu Qi (PH-Kluang) meminta Hishamuddin membuat permohonan maaf secara rasmi kerana menghisap vape di Dewan Rakyat.

Satu klip video selama 9 saat tular di media sosial hari ini yang menunjukkan Menteri Luar itu menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan pada Isnin lalu.