Mahdzir terkejut, nafi dakwaan minta 'habuan' RM60 juta
  • 4 years ago
Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid menafikan keterangan saksi bahawa dia mahu mendapatkan "habuan" RM60 juta daripada Jepak Holdings (Jepak), berkait dengan projek solar hibrid untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Mahdzir menyifatkan keterangan bekas rakan perniagaan Jepak, Rayyan Radzwill Abdullah dalam perbicaraan kes rasuah terhadap Rosmah Mansor semalam sebagai "mengejutkan" dan satu percubaan untuk menjatuhkan reputasinya.
Recommended