Suami Pavithra didakwa miliki senjata berbahaya

  • 4 years ago
Suami seorang personaliti YouTube sensasi, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan memiliki senjata berbahaya pada Selasa lalu.

Tertuduh, M Sugu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Sugu dituduh memiliki sebilah sabit di tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, kira-kira jam 6 petang pada 21 Julai lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1), Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.