'Tak habis-habis isu Najib, 1MDB, balik-balik macam bapa dia juga'
  • 4 years ago
Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak) tidak berpuas hati apabila Mukhriz Mahathir (Bebas-Jerlun) membangkitkan isu penyelewengan syarikat 1MDB yang mengaitkan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dalam ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini.

Mukhriz yang menyentuh mengenai kepentingan membanteras rasuah turut membangkitkan isu pelantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di era kerajaan BN dan Perikatan Nasional.