IGP beri amaran pada polis dedahkan laporan siasatan
  • 4 years ago
Pegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak mendedahkan atau berkongsi laporan siasatan pasukan keselamatan itu kepada umum kerana mereka boleh disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, tindakan mendedahkan laporan polis merupakan satu kesalahan kerana maklumat tersebut diklasifikasikan sebagai sulit dan terhad.