Pemain bola sepak muda kudung di Gaza mula berlatih semula

  • 4 years ago
Pemain bola sepak muda yang kudung di Palestin kembali ke lapangan latihan di Gaza buat pertama kalinya Selasa lalu selepas sekatan Covid-19 dikurangkan di wilayah itu.

Menurut jurulatih mereka, kebanyakan daripada 26 atlet tersebut hilang anggota badan akibat serangan Israel di Gaza, di mana kumpulan militan Hamas dan Israel telah berperang sejak 2008.