Jaringan lawa Justin Kluivert sensasi bola sepak Belanda

  • 6 years ago
Prospek muda Belanda Justin Kluivert terus memukau peminat bola sepak dengan aksi dan jaringan cantik ketika bersama pasukannya AFC Ajax.

Ketika minit ke-18, anak kepada legenda bola sepak Belanda, Patrick Kluivert ini telah meledak satu gol lawa menerusi satu sepakan luar kotak penalti.

Justin datang dari kiri padang dan berjaya memperdaya pemain Twente, Hidde ter Avest dan Peet Bijen untuk ke kawasan tengah sebelum dengan penuh yakin melepaskan sepakan lencung deras menewaskan penjaga gol Joel Drommel.

Ini adalah jaringan ke-13 peribadi Justin musim ini. Namun malang jaringan cantik Justin tidak berjaya membuatkan pasukannya menang apabila tewas sepakan penalti selepas keputusan seri 1-1 hingga tamat masa tambahan.