E-hailing di bandar kecil boleh beroperasi, perlu berdaftar dengan PBT
  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) menjelaskan kekeliruan mengenai operasi perkhidmatan e-hailing dan menyatakan perkhidmatan itu akan dibenarkan terus beroperasi sepanjang PKP fasa 3.

Syarikat-syarikat e-hailing atau penghantar makanan di bandar-bandar kecil turut dibenarkan beroperasi tetapi mereka harus berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu pemandu-pemandu tersebut harus menjalani ujian saringan kesihatan terlebih dahulu di mana-mana klinik kesihatan daerah.
Recommended