Pembayaran BPN bagi permohonan baru dan rayuan pada Mei

  • 4 years ago
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata berkata, sehingga 12 April 2020, jumlah penerima BPN yang diluluskan adalah 8.3 juta orang, apabila proses semakan dan permohonan dibuka.

Katanya, seramai 6.6 juta orang telah menerima bantuan berjumlah RM4.9 bilion, dengan permohonan baharu adalah 2.77 juta dan permohonan rayuan sebanyak 274,000.

“Bagi permohonan baharu dan rayuan, keputusan dan pembayaran akan dibuat dalam Mei selepas semakan dan verifikasi dilakukan oleh LHDN,” katanya.

Beliau menambah, Kementerian Kewangan telah mempercepatkan pembayaran fasa pertama bagi golongan yang telah layak menerima BPN daripada hujung bulan ini kepada 6 April lalu.

Recommended