Imigresen nafi video tular kaitkan rempuhan warga Malaysia di CIQ Johor
  • 4 years ago
Semalam, tular dalam media sosial kononnya berlaku insiden rempuhan melibatkan sekumpulan rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor.

Walau bagaimanapun, maklumat yang ditularkan bersama video berkenaan adalah tidak benar.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud, video berkenaan adalah suasana ketika latihan kebakaran di BSI pada 18 Disember 2019.

"JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat.

"Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor," katanya dalam kenyataan media pada 10 April 2020.