PKPD: Kedutaan diminta sediakan keperluan rakyat mereka

  • 4 years ago
Kerajaan meminta kedutaan asing menyediakan keperluan bagi rakyat mereka yang tinggal di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Kuala Lumpur yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata 97 peratus daripada 6,000 orang terjejas ialah warga asing.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Ismail mengingatkan bahawa warga asing di Malaysia adalah tanggungjawab kedutaan masing-masing