Ubat anti-malaria kurangkan keperluan pesakit Covid-19 untuk ICU
  • 4 years ago
Tindakan KKM menggunakan ubat anti-malaria telah mengurangkan keperluan pesakit Covid-19 mendapat bantuan pernafasan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak hospital telah menggunakan ubat tidak disarankan (off label) iaitu hydroxychloroquine pada peringkat awal sejak wabak itu bermula.

Walaupun tidak disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Noor Hisham menjelaskan keputusan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan mendesak.