Lanjut PKP 14 hari lagi: Rakyat terbeban tapi akur

  • 4 years ago
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan pada 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian jangkitn Covid-19 akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Bagi sesetengah orang, lanjutan tempoh PKP dianggap membebankan bagi menjalani kehidupan seharian. Namun, mereka akur kerana tiada pilihan lain untuk mengurangkan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.