Kabinet Muhyiddin terlalu besar
  • 4 years ago
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'terlalu besar' iaitu seramai kira-kira 70 orang menteri dan timbalan menteri berbanding Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, semasa pemerintah PH, hanya 56 menteri yang dilantik dalam barisan kerajaan dengan 28 menteri manakala bakinya menjadi timbalan menteri.

Salahuddin yang juga merupakan bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani ditemui di lobi Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara sempena Program Pertahan Mandat Rakyat yang diadakan secara tertutup di pusat konvensyen itu, semalam.

Program itu dihadiri pemimpin tertinggi PH antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.