Covid-19 boleh disembuhkan, bukan sesuatu yang perlu ditakuti - Bai Tian

  • 4 years ago
Covid-19 adalah satu penyakit yang boleh disembuhkan dan ia bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata, ini terbukti melalui empat orang pesakit dari China yang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berjaya sembuh dari virus itu.

Menurutnya lagi, keempat-empat pesakit ini sembuh melalui imunisasi badan mereka sendiri dan bukan dengan sebarang ubat-ubatan khas.

Katanya lagi, kadar penyembuhan di China yang semakin meningkat harus memberikan keyakinan bahawa Covid-19 adalah satu penyakit yang boleh dikawal dan dilawan.

Recommended