Peguam Rosmah kata Mahdzir 'menteri korup'

  • 4 years ago
Hari ke-4 perbicaraan rasuah terhadap isteri bekas perdana menteri hari ini dimulakan dengan pemeriksaan balas peguam Rosmah Mansor terhadap bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid.

Ia dimulakan dengan peguam Jagjit Singh mencadangkan bahawa Mahdzir seorang menteri yang korup.

Antara dakwaan Jagjit ialah Mahdzir setuju untuk memberikan projek -projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar itu kepada Jepak Holdings dengan habuan berjumlah RM60 juta.

Mahdzir dikatakan meminitkan persetujuannya berkenaan projek itu setelah pengarah urusan Jepak Holdings, Said Abang Samsudin setuju untuk memberikannya RM1 juta sebulan untuk lima tahun.

Jagjit juga mengajukan bahawa Rizal Mansor - bekas pembantu Rosmah - meminta RM5 juta dan RM125 juta daripada Jepak Holdings.

Mahdzir bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

Recommended