"Jangan harap nak plaster mulut saya" - Puad
  • 4 years ago
Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi terus mempersoalkan tindakan disiplin terhadap Lokman Adam dan membandingkannya dengan bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein.

Lokman, yang sebelum ini merupakan ahli Majlis Tertinggu Umno, dipecat serta-merta sebagai ahli parti itu tanpa melalui lembaga disiplin parti.

Pemecatan itu hadir selepas Lokman mendedahkan rakaman audio yang dikatakan menggambarkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi cuba meyakinkan pemimpin parti untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Puad merujuk pembatalan pendengaran prosiding lembaga disiplin parti terhadap Hishammuddin sebelum ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Puad turut mendakwa ada "penulis upahan" marah kepadanya kerana mengkritik parti secara terbuka.

Bagaimanapun, Puad menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dari menyuarakan pandangannya meskipun dia hanya ahli Majlis Tertinggi yang dilantik.