Lokman akui silap, suruh Anwar jaga mulut Fahmi

  • 6 years ago
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mengakui tersilap dalam memuat naik maklumat dalam hantaran di Facebook mendakwa bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dengan dakwaan liwat terbaru.

Bagaimanapun, Lokman telah mengambil langkah menarik balik artikel tersebut.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Dalam sidang media hari ini, Anwar, yang juga adalah calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil Port Dickson enggan melayan tuduhan liwat terbaru yang dilemparkan terhadapnya.

Walau bagaimanapun, Anwar berkata, beliau belum berhasrat mengambil tindakan undang-undang buat masa ini kerana mahu memberi tumpuan kepada PRK dihadapinya.

Pengarah Komunikasi Strategik PKR Fahmi Fadzil membuat laporan polis ke atas Lokman pada 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.