"Saman saja, tak ada masalah!" - Zuraida

  • 4 years ago
Naib Presiden PKR yang sedang bercuti, Zuraida Kamaruddin sudah menerima dua surat tuntutan saman yang dikemukakan oleh dua pemimpin PKR kepadanya baru-baru ini.
“Saya sudah lihat (surat saman). Oleh kerana ia saman fitnah, jadi saya biarkan saja sebab ia akan dibawa ke mahkamah.

“Saya tiada isu dengan surat saman itu. Bring it on, tiada masalah,” katanya selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya malam tadi.