BN dulu cadang Pas Residen Sabah bukan PSS - Zahid
  • 4 years ago
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi membidas balik Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal yang menunjukkan minit mesyuarat bagi membuktikan bahawa pas sementara Sabah (PSS) adalah cadangan yang dikemukakan BN ketika memerintah.

"Pas residen bukannya PSS. Ini harus dibezakan.

"PSS ini adalah cadangan yang datang dari kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Tidak ada perkataan PSS yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknikal atau Jawatankuasa Induk yang saya pengerusikan bersama Tan Sri Musa ketika itu," katanya ketika ditemui media ketika berkempen di Kimanis, Sabah.

Sebelum ini, Shafie berkata minit mesyuarat itu mendedahkan bahawa cadangan itu dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pendatang Tanpa Izin Sabah yang dipengerusikan Pairin sendiri pada 14 Mac 2016.

Minit mesyuarat yang didedahkan Shafie adalah minit mesyuarat jawatankuasa teknikal pengurusan warga asing di Sabah.

Dalam mesyuarat yang berlangsung pada 14 Mac 2016 itu, jawatankuasa itu mencadangkan agar Pas Residen Sabah diperkenalkan.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pairin sendiri dan turut dihadiri beberapa pemimpin kerajaan negeri ketika itu, antaranya Sukarti Wakiman (setiausaha kerajaan negeri), Borhan Dolah (setiausaha persekutuan Sabah) dan Sakib Kusmi (ketua pengarah Jabatan Imigresen Sabah).



Recommended