Perlu didedahkan demi kepentingan negara - Shafie komen audio SPRM
  • 4 years ago
Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal berkata sewajarnya SPRM mendedahkan rakaman audio konspirasi jenayah tertinggi seperti yang dilakukan semalam.

"Bila ada bukti baru kita boleh paparkan pada rakyat," katanya kepada pemberita selepas berkempen di kawasan Sinuka di sini, malam tadi.

SPRM semalam mendedahkan beberapa rakaman yang menurutnya diterima daripada sumber tidak dikenali pada awal bulan ini.

Antaranya ialah perbualan telefon antara Najib dengan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohammed Zayed Al Nahyan, berkenaan skandal 1MDB.

SPRM juga mengesahkan rakaman tersebut adalah tulen dan ujian forensik menunjukkan tiada ubah suai terhadap rakaman itu.
Recommended