Demi keselamatan negara, pendakwah luar negara perlu diperiksa latarbelakang
  • 4 years ago
Kerajaan perlu memeriksa latar belakang pendakwah asing sebelum mereka dibenar berdakwah di negara ini kerana hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ketika ini agak rapuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata langkah perlu dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu penting bagi memelihara keselamatan negara daripada diceroboh dakyah luar yang bertentangan norma masyarakat Malaysia.

“Keutamaan kita ketika ini adalah keselamatan negara. Rakyat Malaysia pelbagai kaum, bangsa dan agama yang agak rapuh. Jadi, apa saja boleh berlaku,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Recommended