Pesawat Ukraine Airlines terhempas di Tehran, semua 176 penumpang terkorban

  • 4 years ago
Sebuah pesawat penerbangan Ukraine yang membuat sekurang-kurangnya 176 penumpang terhempas pada Rabu sebaik sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabang Imam Khomeini di Tehran, dengan semua yang berada dalam pesawat terkorban, menurut stesen televisyen milik kerajaan Iran.

Pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines terhempas dekat lapangan terbang itu dan terbakar.

Punca kejadian dipercayai ekoran masalah teknikal pesawat.