Jangan bawa politik pecah belah ke Sabah - Shafie
  • 4 years ago
Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mengingatkan Umno BN supaya tidak membawa politik pecah belah di Sabah dengan menggunakan isu kaum dan agam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

"Nak raih undi raihlah, nak lawan tapi jangan gunakan (politik) pecah belah, dengan gunakan (isu) kaum, itu yang kita minta tolak BN. Cukup-cukuplah.

"Kami aman di Sabah, jangan heret dan bawa budaya-budaya yang boleh memecah belah rakyat di Sabah ni," kata Presiden Warisan itu.

Dalam ceramah malam tadi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa beliau diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa mereka melihat BN sebagai mewakili Malaysia manakala Warisan mewakili Filipina..

"Ada orang cakap pada saya, Datuk itu semua orang Filipina, itu dibayar itu, saya tak tahulah, saya menyambung cakap saja.

"Bagaimanapun saya yakin anak-anak Sabah akan ubah kerajaan PH Warisan Sabah," jelas Mohamad.

Ditanya mengenai perkara itu, Shafie berkata: "Kita boleh buat laporan polislah"

Beliau dalam pada itu sekali lagi merayu kepada rakyat Sabah untuk menolak Umno-BN.
Recommended