Kerajaan wajar batal jawi dalam buku teks BM Tahun 4
  • 4 years ago
Sebanyak 17 NGO Cina diketuai Dong Jiao Zong (Dong Zong dan Jiao Zong) teguh dengan pendirian mereka bahawa kerajaan wajar membatalkan pengajaran tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat di sekolah vernakular tahun depan.

"Kami gesa kerajaan dengar suara di bawah dengan membatalkan (rancangannya) untuk memasukkan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat," kata Presiden Dong Zong Tan Tai Kim selepas pertemuan selama dua jam antara kumpulan berkenaan.

Memetik sebuah tinjauan, Tan berkata mereka berjaya mengumpul tandatangan lebih 900 daripada 1,298 sekolah rendah Cina yang membantah pelajaran tulisan Jawi untuk murid-murid Tahun Empat.

Tan berkata kumpulan itu juga bersetuju bahawa lembaga sekolah sepatutnya diberi suara dalam memutuskan apa jua langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan di sekolah.