Cadangan hadkan kelajuan motosikal 'kapcai' sedang diteliti

  • 4 years ago
Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km sejam memerlukan kajian lebih teliti kerana ia membabitkan kira-kira 10 juta pemilik berdaftar di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, selain membabitkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu juga perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan sejauh mana ia dapat dilaksanakan.

Menurutnya ini adalah satu keputusan yang akan beri kesan yang sangat besar.

Dia tidak menolak cadangan itu tetapi daripada segi praktikaliti untuk melaksanakan cadangan itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut,” katanya.