2% ahli UMNO 'belot' dinyahkan

  • 4 years ago
Umno melakukan pemutihan keahlian dan mereka yang didapati belot, sudah dinyahkan daripada parti itu.

Mengumumkan perkara itu, Setiausaha Agungnya, Annuar Musa, berkata UMNO mahukan hanya ahli yang setia terus berjuang bersama dalam parti dan mereka yang belot sudah dinyahkan.

Katanya, proses membuang ahli yang belot dilaksanakan melalui proses pemutihan keahlian yang bermula sejak Oktober tahun lalu dan berakhir pada 15 Februari tahun ini.

“Daripada proses pemutihan keahlian ini, hampir 10 peratus ahli dibersihkan yang mana dua peratus dikesan menjadi ahli parti lawan, empat peratus menyokong parti lawan tidak setia ketika PAU lalu, empat peratus ahli meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan Setiausaha Agung UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019, hari ini.

Beliau menjelaskan selepas melalui pelbagai proses termasuk pemutihan, dilaporkan jumlah ahli biasa UMNO sehingga semalam (5 Disember) adalah 3,292,667 ahli di 22,156 cawangan UMNO di seluruh negara.