Mahathir: Tak perlu perjumpaan di AS menjelang sidang Apec

  • 4 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa tiada keperluan mengadakan mesyuarat di AS menjelang sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan dianjurkan Malaysia tahun depan.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini mencadangkan perjumpaan itu berikutan pembatalan sidang kemuncak asal pada Nov 2019 di Santiago, Chile.

Pada sidang akhbar pagi ini, Mahathir berkata bahawa perjumpaan sedemikian memerlukan persediaan yang rapi.

"Saya fikir ia tidak perlu.

"Chile sebenarnya telah melakukan banyak persiapan.

"Tidak ada pihak lain yang dapat melakukan kerja satu tahun seperti Chile dan sekiranya hanya untuk mengadakan mesyuarat, mesyuarat 'impromptu' [...] jadi itulah sebabnya kami memutuskan bahawa tidak perlu," katanya ketika ditanya tentang cadangan Trump.

Mahathir bercakap dengan media selepas melancarkan sidang kemuncak Apec 2020, yang akan menyaksikan Malaysia menjadi penganjur buat kali kedua.

Recommended