Bendera Malaysia lima bintang? Persatuan Bola Keranjang Malaysia mohon maaf
  • 4 years ago
Persatuan Bola Keranjang Malaysia memohon maaf di atas kesilapan bendera Malaysia dengan lima bintang yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport itu ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku.

Video tersebut tular melalui media sosial.

MABA berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya disebabkan silapan tersebut.

“Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA.

Ada beberapa netizen yang menyertai majlis perasmian kejohanan itu terkejut dengan penampilan pelik bendera Malaysia dengan lima bintang.

Mereka menyifatkan, lima bintang yang tertera pada bendera itu seperti bendera komunis.

Sedangkan, Jalur Gemilang sepatutnya mempunyai bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.