Penjelasan papagomo tentang video tular 'kaum india cina tidak dibenarkan mengundi'

  • 5 years ago
Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata video rakaman beliau mengenai hak mengundi kaum Cina dan India dikitar semula oleh DAP.

Lebih dikenali sebagai Papagomo, beliau juga mendakwa DAP terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan india serta takut mengeluarkan rakaman penuh video tersebut.

"Video saya yang tular telah diambil tanpa melihat rakaman penuh yang asal. Video yang direkodkan pada Oktober 2018 ini sebelum ini juga telah diviralkan pada November 2018.

"Video lapuk dikitar semula hari ini oleh DAP kerana terdesak mahu mendapatkan sokongan undi kaum Cina dan India," katanya dalam kenyataan hari ini.