Penguasaan bahasa Mandarin alasan untuk ambil pekerja kaum Cina

  • 5 years ago
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEM) mendedahkan 71 peratus syarikat swasta kononnya memerlukan pekerja mampu berkomunikasi bahasa Mandarin sebagai alasan untuk mengambil pekerja berbangsa Cina.

Ketua Pengawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman, berkata hakikatnya permohonan kerja Bumiputera masih menghadapi diskriminasi pekerjaan di sektor swasta.

Beliau berkata, graduan Bumiputera lebih sukar mendapat pekerjaan di sektor swasta berbanding graduan bukan Bumiputera.Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.