Komik itu kebetulan yang terancang

  • 5 years ago
Penyebaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ bukan kebetulan sebaliknya ‘kebetulan yang dirancang’.


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin penyebaran komik tersebut dibuat oleh seseorang dengan perancangan teliti.

“Ini bukan kebetulan kerana saya sangat pasti seseorang merancangnya dengan teliti kerana ini telah berlaku dan beberapa kenyataan penafian telah dibuat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.