Cukuplah rakyat Kelantan didera kerana royalti minyak
  • 5 years ago
Menurutnya Ahli Parlimen Pas dari Kelantan melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan isu royalti.

Menurutnya, Guan Eng mengatakan Kerajaan Persekutuan sudah membayar royalti sedangkan kerajaan Kelantan masih belum menerima sebarang bayaran royalti sehingga sekarang.

“Apa yang disebut adalah pemberian wang ihsan. Wang ihsan kita tidak iktiraf sebagai royalti minyak. Perjanjian mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima royalti minyak. Kami menuntut supaya kerajaan menunaikan janji dan membayar royalti minyak kepada Kelantan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.


Semalam Guan Eng berkata, isu bayaran royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan perlu diselesaikan secara rasional tanpa melibatkan pertikaian mengenai istilahnya.

Menurutnya, paling penting bukan sahaja Kerajaan Pusat membuat pembayaran royalti petroleum lebih awal tetapi turut memenuhi permintaan daripada kerajaan Kelantan.