Harga tiket naik: Cukup-cukuplah hisap darah rakyat! - Bung

  • 2 years ago
Perbuatan syarikat penerbangan negara ini menaikkan harga tiket terutama ke Sabah dan Sarawak, ketika Aidilfitri yang bakal tiba tidak ubah seperti ‘menghisap darah’ rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin berkata dalam beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri, justeru ramai rakyat Sabah di Semenanjung mahu pulang ke negeri itu.

Bagaimanapun amat menyedihkan apabila mereka terpaksa membatalkan hasrat itu, akibat tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan yang mahal.