Polis kesan transaksi kewangan untuk gerakkan LTTE

  • 5 years ago
Polis semalam mendedahkan wujud transaksi kewangan dalam jumlah besar dipercayai untuk menggerakkan aktiviti berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay tidak mendedahkan secara terpeinci mengenai transaksi berkenaan.

“Disyaki dana tersebut digunakan untuk membiayai, mempromosi, merekrut dan menggerakkan program berkaitan LTTE,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Ketika ditanya mengapa kini polis mahu bertindak sedangkan aktiviti berkaitan perjuangan Tamil di Sri Lanka bermula sejak tahun 1990-an, Ayob berkata pihaknya mendapati terdapat 'gelombang baru' gerakan itu di negara ini.

Pada 10 Okt lalu, polis menahan tujuh individu termasuk Adun Gadek merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka, G Saminathan dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran kerana disyaki terlibat dengan kegiatan LTTE.