Saddiq teruja bentang Belanjawan 2020

  • 5 years ago
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuat permintaan besar dalam Belanjawan 2020 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

Beliau berkata telah meminta menyalurkan peruntukan berjumlah RM6 bilion kepada kementeriannya.

Menurutnya, dana berkenaan penting untuk mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan kepada golongan muda untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Mencipta peluang pekerjaan adalah keutamaan," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam.