Calon bertanding boleh letak umur 18 tahun
  • 5 years ago
Parti politik boleh mula meletakkan calon berusia 18 tahun bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata ini berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah diwartakan.

“Ya, parti politik boleh meletakkan calon berusia 18 tahun kerana pindaan itu sudah diwartakan,” katanya sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas urusan PRK Parlimen Tanjung Piai di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

SPR hari ini menetapkan PRK bagi Parlimen Tanjung Piai, Johor diadakan pada 16 November ini.