Kerajaan tidak berhasrat untuk memecat penjawat awam _ -KSN

  • 5 years ago
Tiada pemecatan atau pengurangan penjawat awam.

Demikian menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail Bakar ketika ditemu bual dalam Program Bicara Naratif, RTM.

Jelasnya, jika jumlah 1.68 penjawat awam dibandingkan dengan 32 juta penduduk, nisbah tersebut agak berpatutan.

Mengambil kira saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2018 sebanyak 1.4 trilion, beliau berkata, negara juga memerlukan perkhidmatan lebih cekap dalam usaha membangunkan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Tan Sri Dr. Ismail berkata, pertindihan tugas dalam sektor penjawat awam akan diselaraskan dari semasa ke semasa.

SUMBER : Berita RTM

Recommended