'Saya kena jumpa Zuraida, apa maksud sebenar pernyataan itu sebenarnya'

  • 5 years ago
Ditanya mengenai gesaan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin supaya beliau menjelaskan pindaan RUU penukaran agama kepada Islam secara sepihak kepada orang ramai dan PH, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata dia perlu bercakap dengan menteri itu terlebih dahulu untuk memahami apa yang dimaksudkannya itu.

"Saya kena jumpa YB Zuraida, apa maksud sebenar pernyataan itu sebenarnya, saya tak ada masalah untuk buat penjelasan," kata Amirudin.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidiladha di kediaman rasmi MB Selangor di Shah alam, pada Isnin.