Beli rumah dulu, bukan kereta

  • 5 years ago
Menteri KPKT Zuraida Kamarudin menasihatkan graduan muda agar tidak membelanjakan wang mereka untuk membeli kenderaan terlebih dahulu. Sebaliknya, tegas beliau, golongan muda perlu melabur dalam pembelian hartanah.

"Kami mahu jadikan anak-anak muda untuk menjadi pemilik aset. Ini adalah budaya yang mereka harus mula dari sekarang, dan ia akan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang," katanya.