'Saya tahu siapa dalang sebar video'

  • 5 years ago
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tahu individu yang menjadi dalang dalam penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak polis.

"Saya tidak boleh dedahkan kerana ia masih dalam siasatan (polis), biarlah siasatan itu lengkap dahulu.

"Tetapi sejak hari pertama (video itu tersebar) saya sudah menjangkakan bahawa ada unsur-unsur dalaman (parti)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran menolak politik fitnah terhadap beliau di kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Shah Alam, malam tadi.

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang hadir di majlis doa selamat itu yang diadakan susulan kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada Jumaat lepas, yang mengesahkan Mohamed Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video lucah yang disebarkan baru-baru ini.

Recommended